Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mengarahkan tentera pada Ahad untuk “segera” menyerang jambatan di atas Sungai Litani di selatan Lubnan, menurut berita Anadolu memetik media Israel.
Menteri Pertahanan, Israel Katz berkata, arahan itu didakwa bertujuan “untuk menghalang laluan” pejuang dan senjata Hizbullah ke selatan, lapor Anadolu memetik portal berita The Times of Israel.
Tentera itu menyatakan, ia merancang untuk menyasarkan Jambatan Qasmiya di lebuh raya pesisir pantai di selatan Lubnan, mendakwa struktur itu digunakan untuk “aktiviti militan” dan pemindahan operatif “di bawah penyamaran penduduk awam”.
Katz berkata, dia mengarahkan tentera “untuk mempercepatkan pemusnahan rumah Lubnan di garis kampung yang berhubungan, untuk menggagalkan ancaman kepada komuniti Israel, selaras dengan model Beit Hanoun dan Rafah” merujuk kepada tindakan yang digunakan di Jalur Gaza.























