Kementerian Dalam Negeri Qatar berkata enam orang ditemui mati selepas nahas helikopter, dengan seorang masih hilang, lapor Aljazeera.
Dalam satu kenyataan disiarkan di X, kementerian itu berkata “operasi mencari dan menyelamat” di perairan wilayah negara itu menemui enam daripada tujuh orang di dalam pesawat.
Ia menambah bahawa pasukan khas sedang meneruskan usaha intensif untuk mencari mangsa yang masih hilang.
Kementerian itu mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.
Terdahulu, Zein Basravi daripada Al Jazeera melaporkan berdasarkan kenyataan Kementerian Pertahanan Qatar bahawa nahas helikopter itu berlaku disebabkan oleh kerosakan teknikal.























