Kapal pengangkut pesawat AS Gerald R Ford, yang dikerahkan dalam operasi menentang Iran, dijangka akan berundur sementara ke pelabuhan selepas kebakaran di atas kapal, kata pegawai AS pada Selasa, hari ke-18 perang dengan Tehran, lapor Reuters.
Kapal pengangkut itu, yang terbaru di Amerika dan dikatakan terbesar di dunia, kini terletak di Laut Merah.
Ia dijangka akan pergi sementara ke Teluk Souda di pulau Crete di Greece, kata dua pegawai itu, menurut Reuters.
Kapal perang itu telah dikerahkan selama sembilan bulan, termasuk mengambil bahagian dalam operasi menentang Venezuela di Caribbean sebelum tiba di Timur Tengah. Tempoh pengerahan telah menimbulkan persoalan mengenai semangat kelasi di atas kapal dan kesediaan kapal perang terbabit.
Menurut Reuters, para pegawai, yang bercakap dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan, tidak menyatakan berapa lama Ford dijangka berada di Crete.
Seorang pegawai berkata, hampir 200 kelasi dirawat kerana kecederaan berkaitan asap apabila kebakaran berlaku di kawasan dobi utama kapal, menurut Reuters, kebakaran itu mengambil masa berjam-jam untuk dikawal dan menjejaskan kira-kira 100 tempat tidur.
Seorang anggota perkhidmatan telah diterbangkan keluar dari kapal kerana kecederaan, kata pegawai itu, menurut Reuters.
The New York Times pertama kali melaporkan tahap kerosakan di atas kapal perang itu, menurut Reuters, Pentagon tidak segera memberi respons kepada permintaan untuk memberi komen.
Menurut Reuters, selepas kebakaran itu mula-mula berlaku, tentera AS berkata tiada kerosakan pada loji pendorong kapal dan kapal pengangkut pesawat itu beroperasi sepenuhnya.
Menurut Reuters, Ford dengan lebih 5,000 kelasi di atas kapal, mempunyai lebih 75 pesawat tentera, termasuk pesawat pejuang seperti F-18 Super Hornets.























