Dalam ucapan yang ditujukan kepada Parlimen United Kingdom, Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy membincangkan perang AS-Israel menentang Iran secara panjang lebar, lapor Aljazeera.
Rusia menerima dron “Shahed” dari Iran bermula beberapa tahun lalu, yang kemudiannya dinaik taraf oleh Moscow, kata Zelenskyy.
“Rejim di Rusia dan Iran adalah saudara dalam kebencian, dan itulah sebabnya mereka adalah saudara dalam senjata,” sambung presiden itu.
“Dan kami mahu rejim yang dibina atas dasar kebencian tidak sekali-kali menang, dalam apa jua perkara.”























