Ketua Pusat Antikeganasan Kebangsaan Amerika Syarikat (AS), Joe Kent, meletak jawatan kerana perang AS-Israel ke atas Iran, lapor Aljazeera.
“Saya tidak boleh dengan hati nurani yang baik menyokong perang yang sedang berlangsung di Iran”, tulis Kent dalam surat kepada Donald Trump yang disiarkan di X, lapor Aljazeera.
“Iran tidak menimbulkan ancaman segera kepada negara kita, dan jelas bahawa kita memulakan perang ini kerana tekanan daripada Israel dan lobi Amerika yang berkuasa.”























