Amerika Syarikat (AS) dan Israel mungkin telah salah menilai prospek operasi ketenteraan pantas menentang Iran, kata Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov pada Isnin, lapor Xinhua.
Perang itu dirancang semasa rundingan mengenai program nuklear Iran, kata Lavrov. Jika perancang menjangkakan untuk “menundukkan sepenuhnya” Iran dalam masa sehari atau beberapa jam, mereka mungkin kini menyedari betapa silapnya andaian itu, katanya pada sidang akhbar.
Mengulangi seruan Rusia untuk pemberhentian permusuhan segera, Lavrov menggesa pihak-pihak yang terlibat untuk kembali berunding dan mengelakkan tindakan yang merosakkan infrastruktur awam dan menyebabkan korban awam.
Dia menambah bahawa Rusia bersedia memainkan peranan sebagai pengantara dalam proses politik jika perlu.























