Kumpulan Lubnan itu mengatakan ia telah menyasarkan pekan sempadan Israel, Kiryat Shmona, buat kali kedua hari ini, menggunakan roket dan dron, lapor Aljazeera.
Dalam satu kenyataan, kumpulan itu mengatakan ia telah melakukan apa yang digambarkannya sebagai serangan kualitatif tanpa memberikan sebarang maklumat mengenai hasil serangan itu.
Secara berasingan, menurut Aljazeera, rakan sekerjanya di Al Jazeera Arabic melaporkan serangan udara Israel menyasarkan kawasan tinggi pekan Sajd di selatan Lubnan.























