Kementerian Pertahanan Emiriah Arab Bersatu (UAE) berkata pertahanan udaranya memintas sembilan peluru berpandu balistik dan 33 dron yang dilancarkan dari Iran pada Sabtu, lapor Aljazeera.
Kementerian itu berkata dalam satu kenyataan bahawa sejak permulaan perang Iran pada 28 Feb, pertahanan udara UAE telah memintas 294 peluru berpandu balistik, 15 peluru berpandu jelajah, dan 1,600 dron.
Sekurang-kurangnya enam orang telah terbunuh dan 141 cedera sepanjang tempoh itu, tambah kenyataan itu.























