Sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh dan berpuluh-puluh cedera dalam serangan udara yang menyasarkan ibu pejabat Pasukan Mobilisasi Popular (PMF) di Anbar di barat Iraq pada Khamis, berita Anadolu memetik laporan media Iraq.
Menurut Anadolu, Shafaq News, memetik sumber keselamatan, berkata serangan udara menyasarkan sekurang-kurangnya tiga lokasi Briged ke-19 PMF di pekan Akashat di barat Anbar.
Tiada maklumat tersedia lagi mengenai pihak di sebalik serangan itu.
Serangan itu berlaku ketika AS dan Israel meneruskan serangan udara ke atas Iran yang bermula pada 28 Feb lalu.
PMF, juga dikenali sebagai Hashd al-Shaabi, pada asalnya ditubuhkan pada 14 Jun 2014, sebagai pasukan sukarelawan yang menyokong pasukan keselamatan Iraq dalam memerangi kumpulan pengganas ISIS (Daesh). Ia secara rasminya digabungkan ke dalam angkatan tentera Iraq melalui dekri kerajaan pada Julai 2016.























