Aljazeera melaporkan, Qatar Airways mengumumkan ia akan mengendalikan 29 penerbangan pada Khamis — 15 berlepas dari Doha, dan 14 akan tiba.
Walaupun ruang udara Qatar masih ditutup, syarikat penerbangan itu — sejak hujung minggu lalu — perlahan-lahan meningkatkan bilangan penerbangan khas yang dikendalikannya, antara Doha dan bandar-bandar utama di seluruh dunia.
Pada Khamis, 12 Februari, Qatar Airways akan terbang dari Doha ke:
Kaherah
Casablanca
Johannesburg
Sao Paulo
New York
Frankfurt
Madrid
London
Beijing
Mumbai
Delhi
Islamabad
Colombo
Jakarta
Manila
Ia juga akan terbang ke Doha dari:
Kaherah
Dallas/Fort Worth
London Heathrow
Paris
Madrid
Rome
Delhi
Jeddah
Muscat
Hong Kong
Seoul
Bangkok
Kuala Lumpur
Melbourne























