Tentera Israel mengatakan peluru berpandu itu dilancarkan dari Iran ke arah wilayah Israel “sebentar lalu” dan sistem pertahanan Israel “beroperasi untuk memintas ancaman terbabit”, lapor Aljazeera.
Dalam satu catatan di X, tentera berkata bahawa Perintah Barisan Dalam Negeri Israel juga telah mengeluarkan “arahan terus kepada telefon bimbit di kawasan berkaitan” yang memberitahu orang ramai untuk “memasuki ruang yang dilindungi.”























