Sekurang-kurangnya 49 orang telah meninggal dunia, beribu-ribu orang kehilangan tempat tinggal, dan harta benda musnah, sejak 6 Mac apabila hujan lebat mencetuskan banjir besar di lebih daripada sedozen daerah Kenya, termasuk ibu negara, Nairobi, lapor Xinhua.
Setakat Selasa, banjir telah mengorbankan 49 orang, menyebabkan lebih 2,600 keluarga kehilangan tempat tinggal, dan meragut lebih 600 ternakan di seluruh negara, sementara pencarian mangsa yang hilang dipergiatkan, menurut sekretariat tindak balas pelbagai agensi.
Jabatan Meteorologi Kenya menjelaskan walaupun hujan akan reda minggu ini, risiko banjir kekal tinggi semasa permulaan musim hujan Mac hingga Mei di tengah-tengah tanah tepu.























