Menurut Aljazeera, The Times of Israel melaporkan bahawa presiden AS enggan mengulas mengenai pelantikan Iran semasa temu bual, hanya berkata: “Kita akan lihat apa berlaku.”
Menurut saluran Israel itu, lapor Aljazeera, Trump berkata keputusan untuk menamatkan perang ke atas Iran akan menjadi keputusan “bersama” yang akan dibuatnya dengan Netanyahu.
“Saya fikir ia saling menguntungkan… sedikit. Kami telah berbincang. Saya akan membuat keputusan pada masa yang tepat, tetapi semuanya akan diambil kira,” katanya dipetik sebagai berkata.
Trump juga menggesa Presiden Israel Isaac Herzog untuk mengampuni Netanyahu, yang sedang dibicarakan kerana rasuah.
“Bibi Netanyahu harus diberikan pengampunan itu dengan segera. Saya fikir [Herzog] melakukan perkara yang teruk dengan tidak memberikannya. Kami mahu Bibi fokus pada perang, bukan pada pengampunan yang tidak masuk akal,” kata Trump kepada Times of Israel, merujuk kepada Netanyahu dengan nama panggilannya, lapor Aljazeera.























