Diplomat tertinggi Oman mengutuk tindakan ketenteraan Amerika Syarikat, Israel, dan Iran sejak seminggu lalu, lapor Aljazeera.
Menurut Aljazeera, dalam satu catatan di X, Menteri Luar Badr bin Hamad Albusaidi berkata dia “senang hati” dapat menyertai mesyuarat maya hari ini bersama rakan sejawatnya di Liga Arab.
“Tindakan yang diambil oleh Israel dan AS terhadap Iran adalah tidak bermoral dan menyalahi undang-undang,” tulisnya.
“Tetapi tindakan balas Iran terhadap jiran-jirannya juga amat dikesali dan tidak boleh diterima. Saya menyeru semua pihak untuk bertenang, gencatan senjata, dan kembali segera kepada diplomasi.”























