Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berikrar pada Sabtu untuk meneruskan perang menentang Iran, mendakwa Israel mempunyai “rancangan penuh kejutan” untuk melemahkan rejim di Tehran, lapor Anadolu.
Netanyahu berkata pada sidang akhbar bahawa Israel meneruskan perang menentang Iran dengan penuh kekuatan.
“Israel telah mengubah wajah Timur Tengah seperti yang dijanjikan selepas peristiwa 7 Oktober, dan ia juga telah mengubah dirinya sendiri,” katanya.
Netanyahu mendakwa dia telah mengambil keputusan yang sarat dengan risiko untuk menghapuskan musuh Israel.
Menurut Anadolu, pada 7 Oktober 2023, Hamas dan puak Palestin melancarkan operasi Banjir Al-Aqsa, menyerang 11 pangkalan tentera Israel dan 22 penempatan, dengan mengatakan ia adalah untuk menamatkan sekatan di Jalur Gaza dan menggagalkan rancangan Israel untuk menghapuskan perjuangan Palestin. Sebagai tindak balas, Tel Aviv melancarkan kempen genosid terhadap enklaf Palestin yang berterusan selama dua tahun, menurut Anadolu.























