Kementerian Pertahanan Arab Saudi berkata peluru berpandu balistik mendarat di kawasan tidak berpenghuni selepas dilancarkan ke arah Pangkalan Udara Prince Sultan, lapor Aljazeera.
Dalam satu kenyataan, jurucakap rasmi kementerian itu berkata peluru berpandu itu jatuh tanpa menyebabkan kecederaan atau kerosakan.
Pangkalan Udara Prince Sultan, yang terletak di tenggara Riyadh, menempatkan pasukan tentera Saudi dan AS.























