Jordan menuduh Iran menyasarkan secara langsung tapak di negara itu, menembak 119 peluru berpandu dan dron dalam tempoh tujuh hari lalu sejak serangan AS-Israel mencetuskan perang serantau, lapor Aljazeera.
Jurucakap tentera Jordan, Brigadier Jeneral Mustafa Hayari, memberitahu sidang akhbar bahawa 108 projektil telah dipintas.
“Peluru berpandu dan dron ini menyasarkan pemasangan penting di dalam Jordan dan tidak melalui wilayah kami,” katanya.























