Menteri Luar Jepun Toshimitsu Motegi telah mengumumkan bahawa dua warganegara Jepun ditahan di Iran, dan dia berikrar untuk bekerjasama melalui saluran diplomatik bagi mendapatkan pembebasan awal mereka, lapor Aljazeera.
Motegi memberitahu parlimen bahawa kerajaan dapat berkomunikasi dengan kedua-dua individu terbabit dan mengesahkan bahawa mereka kini selamat.
Menurut agensi berita Kyodo Jepun, lapor Aljazeera, salah seorang daripada mereka dipercayai ketua biro Tehran bagi penyiar awam NHK, Shinnosuke Kawashima.
Identiti orang Jepun kedua yang ditahan dan butiran penahanan itu tidak jelas.























