Setiausaha Pertahanan AS Pete Hegseth berkata Amerika Syarikat (AS) mempunyai sumber dan keazaman untuk mengekalkan kempen ketenteraannya menentang Iran, lapor Aljazeera.
Bercakap mengenai konflik itu, Hegseth berkata Iran salah perhitungan jika ia percaya AS tidak dapat mengekalkan operasi terbabit.
“Iran berharap kami tidak dapat mengekalkan ini – yang merupakan salah perhitungan yang sangat buruk”, katanya, menurut Aljazeera.
Hegseth menambah bahawa AS mempunyai kedua-dua, kemahuan dan kapasiti ketenteraan untuk meneruskan.
“Kami tidak kekurangan peluru – simpanan senjata pertahanan dan ofensif kami membolehkan kami mengekalkan kempen ini selagi kami perlu.”























