Misi Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menafikan dakwaan bahawa Tehran menutup Selat Hormuz, menyifatkan tuduhan itu sebagai “tidak berasas dan tidak masuk akal”, lapor Aljazeera.
Menurut Aljazeera, pada Isnin, media kerajaan Iran melaporkan Selat Hormuz telah ditutup dan Iran akan menembak mana-mana kapal yang cuba melintas.
Menurut Aljazeera, misi PPB Iran dalam satu catatan di X, menegaskan negara itu kekal komited terhadap undang-undang antarabangsa dan kebebasan navigasi, dengan alasan bahawa Amerika Syarikat yang telah membahayakan keselamatan maritim.
Kenyataan itu juga menuduh AS menenggelamkan kapal frigat Iran Dena di perairan antarabangsa tanpa amaran semasa ia melawat India dengan 130 kelasi di atasnya, lapor Aljazeera.
Iran dilapor berkata, serangan itu, yang dikatakan membunuh lebih 100 kelasi, melanggar undang-undang antarabangsa dan prinsip kebebasan navigasi.























