Amerika Syarikat dan Israel akan meneruskan perang ke atas Iran, kata presiden Amerika itu, menurut laporan Aljazeera.
Donald Trump menambah, kepimpinan di Tehran kini berada dalam keadaan kucar-kacir.
“Kita berada dalam kedudukan yang sangat kukuh sekarang dan kepimpinan mereka sedang bergerak pantas. Setiap orang yang seolah-olah mahu menjadi pemimpin, mereka akhirnya mati,” kata Trump.























