Tentera Israel berkata Iran masih mempunyai “kapasiti yang ketara” untuk menembak peluru berpandu, walaupun selepas memusnahkan berpuluh-puluh pelancarnya, lapor Aljazeera.
“Kami telah memusnahkan berpuluh-puluh pelancar peluru berpandu yang menimbulkan ancaman ketara kepada barisan hadapan Israel,” kata jurucakap tentera Israel, Brigadier Jeneral Effie Defrin dalam satu taklimat, menurut Aljazeera.
“Kami akan terus menyerang pelancar peluru berpandu dan mengurangkan tembakan, tetapi rejim masih mempunyai kapasiti yang besar, dan saya ingin mengingatkan anda bahawa pertahanan kami tidaklah kebal.”























