Pejabat media Dubai mengatakan tiada kecederaan dilaporkan susulan “insiden berkaitan dron” di sekitar konsulat AS, lapor Aljazeera.
“Pihak berkuasa Dubai telah mengesahkan bahawa kebakaran yang terhasil daripada insiden berkaitan dron dekat Konsulat AS telah berjaya dikawal,” kata pejabat media itu dalam catatan media sosial, lapor Aljazeera.
“Pasukan kecemasan segera bertindak balas. Tiada kecederaan dilaporkan.”























