Tentera Israel mengumumkan lewat Isnin pelancaran gelombang serangan udara baharu yang menyasarkan ibu negara Iran, Tehran, menurut satu kenyataan, lapor Anadolu.
Serangan udara Israel menyasarkan beberapa lokasi di tengah Tehran, termasuk tapak bekas bangunan parlimen, lapor Anadolu memetik seorang wartawannya.
Terdahulu, tentera Israel memberi amaran kepada penduduk kawasan kejiranan Evin di Tehran untuk berpindah, terutama kawasan sekitar ibu pejabat radio dan televisyen, menjelang serangan yang dirancang.
Tiada laporan segera mengenai korban.

















































