Seorang pegawai keselamatan tertinggi Iran berkata pada Ahad, Iran akan menyerang Israel dan pangkalan AS di Timur Tengah dengan kekuatan yang “tidak pernah mereka alami sebelum ini”, lapor Xinhua.
Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Iran, Ali Larijani, membuat kenyataan itu dalam satu catatan di X susulan pengesahan Iran mengenai kematian Pemimpin Tertinggi negara itu, Ayatollah Ali Khamenei, dalam serangan udara AS-Israel di Tehran pada Sabtu.
Larijani dilapor berkata, “semalam Iran melepaskan peluru berpandu ke (pangkalan) Amerika Syarikat dan Israel, dan mereka memang mencederakan. Hari ini kami akan menyerang mereka dengan kekuatan yang tidak pernah mereka alami sebelum ini.”
Pada pagi Sabtu, Israel dan Amerika Syarikat melancarkan serangan bersama ke atas ibu negara Iran, Tehran, dan beberapa bandar lain di Iran. Iran bertindak balas melalui serangan peluru berpandu dan dron yang menyasarkan pangkalan Israel dan AS.
















































