Jurucakap Persatuan Bulan Sabit Merah Iran memberitahu agensi berita Mehr bahawa serangan AS dan Israel telah melanda 24 wilayah Iran, membunuh sekurang-kurangnya 201 orang dan mencederakan 747 orang, menurut berita Aljazeera dalam kemas kininya.
Jurucakap itu dilapor berkata, lebih daripada 220 pasukan Bulan Sabit Merah berada di lokasi yang disasarkan, dan operasi menyelamat diteruskan.

















































