Beberapa bangunan kediaman disasarkan di ibu negara Bahrain, Manama, kata Kementerian Dalam Negeri pada Sabtu, ketika ketegangan serantau terus meningkat di tengah-tengah serangan AS-Israel ke atas Iran, lapor Anadolu.
Dalam satu kenyataan yang disiarkan di X, Kementerian Dalam Negeri Bahrain berkata beberapa bangunan kediaman di Manama telah disasarkan, sambil menambah bahawa pasukan pertahanan awam sedang meneruskan operasi memadam kebakaran dan menyelamat di tapak terjejas, menurut Anadolu.
Pada pagi Sabtu, AS dan Israel melancarkan serangan bersama ke atas Iran, mendakwa ia bertujuan untuk menghapuskan “ancaman” yang ditimbulkan oleh “rejim” Iran. Sebagai tindak balas, Iran menyasarkan Israel dan pangkalan AS di rantau itu dengan peluru berpandu dan dron.

















































