Lebih 15 orang awam terbunuh dan beberapa lagi cedera dalam serangan bersama Israel-AS ke atas bandar Lamerd di barat Iran, lapor Anadolu memetik Agensi Berita Mehr.
Gabenor Lamerd dilapor berkata pada petang Sabtu, empat kawasan perumahan di bandar itu, yang terletak di wilayah Fars, telah disasarkan dalam serangan itu.
“Malangnya, 15 warga telah syahid setakat ini. Bilangan syahid pastinya akan melebihi 15 orang, dan bilangan yang cedera sangat tinggi,” gabenor itu dilapor berkata.
Pada pagi Sabtu, AS dan Israel melancarkan serangan bersama ke atas Iran, mendakwa ia bertujuan untuk menghapuskan “ancaman” yang ditimbulkan oleh “rejim” Iran.
Sebagai tindak balas, Iran menyasarkan Israel dan pangkalan AS di rantau itu dengan peluru berpandu dan dron.
























