Arab Saudi pada Sabtu mengutuk keras apa yang digambarkannya sebagai serangan Iran yang terang-terangan menyasarkan wilayah Riyadh dan Wilayah Timur, dengan mengatakan pertahanan udaranya memintas projektil terbabit, lapor Anadolu.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Negeri mengatakan serangan itu tidak dapat dibenarkan dalam apa jua keadaan dan berlaku meskipun kerajaan telah memberi jaminan sebelumnya bahawa ruang udara dan wilayahnya tidak akan digunakan untuk menyasarkan Iran.
Riyadh mengatakan akan mengambil semua langkah yang diperlukan untuk menjaga keselamatannya dan melindungi wilayah, warganegara dan penduduknya, termasuk pilihan untuk bertindak balas terhadap pencerobohan terbabit.
Pada pagi Sabtu, AS dan Israel melancarkan serangan bersama ke atas Iran, mendakwa ia bertujuan untuk menghapuskan “ancaman” yang ditimbulkan oleh “rejim” Iran.
Iran menyifatkan serangan itu sebagai pelanggaran kedaulatan, berikrar untuk bertindak balas dan melancarkan serangan balas.























