Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh dan 30 yang lain cedera selepas sebuah pesawat tentera Bolivia terhempas pada Jumaat di bandar barat El Alto, lapor berita Xinhua memetik media tempatan.
Syarikat penerbangan kebangsaan negara Amerika Selatan itu Boliviana de Aviacion mengumumkan penutupan sementara Lapangan Terbang Antarabangsa El Alto susulan nahas itu.
Tiada kenyataan rasmi mengenai nahas itu dikeluarkan lagi.























