Dua budak lelaki berumur 12 dan 13 tahun ditikam di sebuah sekolah di barat laut London, menurut laporan media pada Selasa, lapor Anadolu.
Pegawai telah dipanggil ke Sekolah Tinggi Kingsbury, di kawasan Brent, kira-kira jam 12.40 tengah hari (1240GMT) susulan laporan mengenai kejadian tikaman, Anadolu memetik laporan BBC.
Menurut laporan itu, polis telah mengenal pasti seorang suspek, juga seorang remaja lelaki, selepas kejadian tikaman yang menyebabkan dua budak lelaki berumur 12 dan 13 tahun cedera.
Kedua-dua mangsa telah dibawa ke hospital oleh Perkhidmatan Ambulans London, tetapi keadaan mereka tidak diketahui.
Pencarian segera sedang dijalankan untuk suspek.
Ketua Penguasa Detektif Luke Williams dilapor berkata: “Kami ingin memberi jaminan kepada pelajar tempatan, ibu bapa dan penduduk bahawa kami telah mengerahkan sumber yang banyak ke kawasan itu dan sedang melakukan segala yang kami mampu untuk mencari suspek.”
















































