Tentera AS pada Isnin berkata ia melancarkan serangan ke atas sebuah kapal di timur Pasifik, membunuh dua orang dan meninggalkan seorang yang terselamat, insiden terbaru seumpamanya, menurut laporan Reuters.
Pentadbiran Presiden Donald Trump telah menggembar-gemburkan kejayaannya dalam beberapa minggu kebelakangan ini dalam menumpaskan kapal yang disyaki mengedar dadah.
Menurut Reuters, tentera berkata dalam satu catatan di X bahawa kapal itu “terbabit dalam operasi pengedaran narkotik.” Reuters mengatakan tidak dapat segera mengesahkan maklumat itu.























