Lima orang terbunuh pada Isnin apabila sebuah helikopter terhempas di pangkalan udara Al-Sarra di bandar Kufra di tenggara Libya, menurut berita Xinhua memetik laporan TV Al-Ahrar Libya.
Helikopter itu membawa dua anggota tentera dan seorang pengiring perubatan, selain dua warga asing, lapor Xinhua memetik saluran TV itu di Facebook, memetik sumber dari bandar Kufra.
Helikopter itu telah menjalankan misi untuk memindahkan seorang askar yang cedera dalam kemalangan trafik di padang pasir sebelum ia terhempas di pangkalan itu, kata TV itu, menurut Xinhua.























