Gempa bumi berukuran 5.5 magnitud menggegarkan Daerah Diebu di Wilayah Gansu pada jam 2:56 petang Isnin (Waktu Beijing), menurut Pusat Rangkaian Gempa Bumi China (CENC), berita Xinhua melaporkan.
Pusat gempa dipantau pada 34.06 darjah latitud utara dan 103.25 darjah longitud timur. Gempa itu berlaku pada kedalaman 10 km, menurut laporan dikeluarkan oleh CENC.
















































