Amerika Syarikat (AS) mengundurkan sesetengah anggota dari pangkalan utama di rantau itu sebagai langkah berjaga-jaga memandangkan ketegangan serantau yang semakin meningkat, menurut laporan Reuters memetik seorang pegawai AS yang berkata kepadanya pada Rabu, yang enggan namanya disiarkan.
Pendedahan itu menurut Reuters susulan kenyataan seorang pegawai kanan Iran yang memberitahu Reuters awal Rabu bahawa Tehran telah memberi amaran kepada negara-negara jiran yang menjadi tuan rumah kepada tentera AS bahawa ia akan menyerang pangkalan Amerika jika Washington menyerang.























