Lima orang meninggal dunia selepas meminum alkohol suling haram di Wilayah Barat Laut Sri Lanka, lapor berita Xinhua memetik polis pada Selasa.
Tiga orang meninggal dunia sejurus selepas meminum alkohol itu, manakala dua lagi meninggal dunia di hospital, kata polis.
Data rasmi menunjukkan kira-kira 40 peratus daripada semua alkohol yang diminum oleh rakyat Sri Lanka adalah haram, menimbulkan risiko kesihatan yang serius disebabkan oleh ketoksikannya, menurut Xinhua, Sri Lanka telah mencatatkan banyak insiden keracunan besar-besaran dan kematian yang berkaitan dengan alkohol haram, terutama disebabkan oleh pencemaran dengan metanol atau paraquat.























