Hujan memunahkan beberapa khemah di kawasan al-Mawasi di Khan Younis, manakala yang lain diterbangkan angin kencang di kawasan itu, menurut laporan Anadolu.
“Keadaan di bandar ini amat teruk akibat kemusnahan kebanyakan jalan, air dan rangkaian kumbahan oleh perang Israel,” Saib Luqan, jurucakap Perbandaran Khan Younis dilapor berkata kepada Anadolu.
Menurut pihak berkuasa tempatan, tentera Israel telah memusnahkan 220,000 meter linear rangkaian jalan sejak dua tahun lalu.
Hampir 900,000 orang di Khan Younis kini menghadapi keadaan “tragis dan suram” disebabkan keadaan cuaca buruk, Luqan dilapor berkata.
Menurut jurucakap itu, pasukan perbandaran bekerja dengan peralatan yang tidak mencukupi untuk membantu orang awam kehilangan tempat tinggal yang terjejas oleh cuaca buruk.
Anadolu melaporkan, menurut Pejabat Media Kerajaan Gaza, 1.5 juta rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal di Gaza, hidup dalam keadaan bencana dengan sedikit akses kepada keperluan asas dan perkhidmatan penting yang sangat terhad kerana sekatan berterusan Israel.

















































