Enam orang terbunuh apabila sebuah van penumpang jatuh ke dalam gaung di wilayah Khyber Pakhtunkhwa barat laut Pakistan pada Sabtu, kata pegawai penyelamat, menurut berita Xinhua.
Kemalangan berlaku di daerah Abbottabad selepas brek kenderaan itu gagal, menyebabkan pemandu hilang kawalan, lapor Xinhua memetik kenyataan Rescue 1122 dikendalikan kerajaan.
Semuanya dilaporkan maut di tempat kejadian.























