Colombia mengumumkan perjanjian $4.3bilion untuk membeli 17 jet pejuang buatan Sweden di tengah-tengah ketegangan dengan Amerika Syarikat (AS), lapor berita Mehr.
Bercakap pada Jumaat, Presiden Colombia Gustavo Petro berkata, pembelian pesawat perang adalah “senjata pencegah untuk mencapai keamanan” di tengah-tengah geopolitik “kucar-kacir”, mengesahkan perjanjian dengan pengeluar pesawat Saab Sweden untuk membeli jet pejuang Gripen, berita Mehr memetik laporan Press TV.
Petro dilapor berkata, jet pejuang baharu itu akan digunakan untuk menghalang “pencerobohan terhadap Colombia, dari mana sahaja ia datang”.
“Dalam dunia yang bercelaru dari segi geopolitik,” kata Petro, pencerobohan seperti itu “boleh datang dari mana-mana sahaja”.
Beberapa negara Amerika Latin dikatakan berada dalam kegelisahan berikutan peningkatan ketenteraan AS di rantau itu ketika tentera AS menjalankan kempen serangan maut ke atas kapal di Caribbean dan timur Pasifik.
























