Naib Presiden AS JD Vance menerbitkan video di X, menjelaskan apa yang diperlukan oleh “perjanjian damai besar” dengan Iran ketika tekanan semakin meningkat untuk lebih jelas, menurut berita Al Jazeera.
Dia dilapor berkata, perjanjian itu bermakna Selat Hormuz dibuka “dengan segera” dan “memastikan bahawa Iran tidak akan pernah memiliki senjata nuklear”.
“Jika rakyat Iran membuat komitmen jangka panjang untuk tidak pernah membina semula [program nuklear mereka], maka mereka akan dialu-alukan ke dalam ekonomi global”. Jika mereka melanggar komitmen terbabit, mereka “tidak akan pernah mempunyai sumber untuk berbuat demikian”, dia dilapor sebagai berkata.
Menurut Al Jazeera, dia seterusnya menggambarkan perjanjian itu sebagai “menang-menang untuk rakyat Amerika”.



























