Dua orang terbunuh dan seorang cedera selepas sebuah pesawat kecil terhempas pada Rabu sejurus selepas berlepas di tenggara negeri Sao Paulo, Brazil, kata anggota bomba, lapor Xinhua.
Pesawat persendirian itu membawa tiga orang apabila ia terhempas dekat sebuah kelab rekreasi berhampiran Lapangan Terbang Frank Miloye Milenkovich di bandar Marilia, menurut pengendali lapangan terbang Rede Voa.
Dua orang maut di tempat kejadian, manakala orang ketiga diselamatkan dan dibawa untuk rawatan perubatan di sebuah hospital tempatan, kata jabatan bomba.
Agensi Penerbangan Awam Kebangsaan Brazil berkata pesawat itu mempunyai status kelayakan udara yang sah dalam daftar aeronautik negara.
Punca nahas sedang disiasat oleh pihak berkuasa Tentera Udara Brazil.



























