Pelapor khas PBB untuk wilayah Palestin yang diduduki, Francesca Albanese, dilapor mengalu-alukan pendirian yang diambil oleh presiden Slovenia, Natasa Pirc Musar, selepas beliau menentang keputusan perdana menteri sayap kanan yang baharu di negara itu, Janez Jansa, untuk membuang bendera Palestin dari bangunan kerajaan utama di Ljubljana.
Menurut Al Jazeera, Albanese dalam catatan di X berkata, Palestin adalah “kompas moral zaman kita”, sambil menambah bahawa respons Presiden Musar menunjukkan “ada harapan untuk Eropah”.
“Eropah yang meletakkan rakyat di atas bank dan pasaran, hak di atas keuntungan, dan menghormati undang-undang antarabangsa tanpa mengira kalkulus politik,” kata Albanese.



























