Pemimpin tertinggi Iran, Mojtaba Khamenei bersetuju untuk mengampunkan atau meringankan hukuman lebih 2,000 banduan sempena cuti keagamaan, menurut berita Xinhua memetik laporan agensi berita Mizan badan kehakiman Iran pada Jumaat.
Pengampunan itu diberikan untuk memperingati dua cuti keagamaan utama iaitu Aidiladha dan Eid al-Ghadir atas permintaan Ketua Badan Kehakiman Iran, Gholamhossein Mohseni-Ejei, yang mengemukakan senarai mereka yang layak menerimanya, Xinhua memetik laporan itu.
Ia tidak terpakai kepada individu yang disabitkan dengan jenayah keselamatan, pengintipan, tindakan terhadap keselamatan dalaman dan luaran negara, dan individu yang telah mengancam keselamatan awam masyarakat, Mizan memetik Timbalan Ketua Badan Kehakiman Iran, Ali Mozaffari sebagai berkata, lapor Xinhua.
Pemimpin tertinggi Iran kerap memberikan pengampunan kepada banduan pada majlis-majlis khas mengikut hak yang diberikan kepadanya oleh perlembagaan negara.



























