Empat rakyat Israel cedera pada Ahad apabila sebuah dron letupan dari Lubnan menghentam penempatan Beit Hillel di wilayah Galilee di utara Israel, lapor Anadolu memetik media Israel.
Menurut Anadolu, Channel 12 berkata, mereka yang cedera dikejarkan ke hospital untuk rawatan selepas serangan itu, tanpa memberikan butiran mengenai keadaan mereka.
Serangan itu berlaku beberapa jam selepas tentera mengumumkan ia melancarkan serangan ‘skala besar’ di kawasan Beaufort Ridge dan Wadi al-Salouqi (Saluki) di selatan Lubnan, dalam serangan terdalam ke wilayah Lubnan sejak tahun 2000.
Tentera Israel telah meneruskan serangan hariannya di seluruh Lubnan walaupun gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 17 April dan dilanjutkan selama 45 hari susulan rundingan tidak langsung dimediasi oleh AS, lapor Anadolu.




























