Perlanggaran antara sebuah bas penumpang dan ambulans pada Ahad di daerah Faridpur, kira-kira 101 km dari ibu kota Dhaka, menyebabkan lima orang maut, lapor Xinhua.
Md Nazrul Islam, penguasa polis di daerah Faridpur, memberitahu Xinhua bahawa perlanggaran itu berlaku sekitar jam 10:20 pagi di lebuh raya menuju ke Dhaka.
Dia seterusnya berkata, “lima mangsa, semuanya dari ambulans dan termasuk pemandu, meninggal dunia di tempat kejadian”.
Kemalangan itu turut mencederakan beberapa penumpang bas, yang dikejarkan ke hospital tempatan, kata pegawai itu.
Punca kemalangan tidak diketahui dengan segera.




























