Tentera Israel mengumumkan pada petang Selasa, seorang daripada pegawainya terbunuh di selatan Lubnan di tengah-tengah pelanggaran gencatan senjata berterusan oleh Tel Aviv, menurut berita Anadolu, kenyataan tentera itu tidak memberikan butiran lanjut.
Namun menurut Anadolu, akhbar Israel Yedioth Ahronoth melaporkan pegawai itu terbunuh pada pagi Selasa dalam kejadian berbalas tembakan dengan pejuang Hizbullah di kampung Qawzah, utara pekan Aita al-Shaab di selatan Lubnan.
Beberapa tentera Israel juga dilaporkan cedera semasa pertempuran itu, tanpa menyatakan bilangannya.



























