Dua orang maut dan lapan lagi masih hilang setakat jam 9 pagi Isnin, selepas sebuah trak pikap terjunam ke dalam sungai di Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, selatan China pada Sabtu, kata pihak berkuasa tempatan, menurut berita Xinhua.
Jumlah kematian meningkat selepas seorang wanita yang sebelum ini dikira sebagai hilang ditemui mati. Mayatnya ditemui tiga kilometer ke hilir dari bendungan pertama di bawah tapak kenderaan itu terjunam ke dalam sungai, dan disahkan mati di tempat kejadian. Lapan lagi masih hilang.
Kemalangan itu berlaku pada malam Sabtu, apabila sebuah trak pikap yang membawa 15 orang terjatuh ke dalam air semasa melintasi jambatan dinaiki air di Perbandaran Luoyang di Daerah Autonomi Huanjiang Maonan, dan lima orang telah diselamatkan, menurut kerajaan daerah, lapor Xinhua.




























