Francesca Albanese, pelapor khas PBB untuk wilayah Palestin yang diduduki, menyeru negara-negara Mediterranean untuk melindungi Flotila Sumud Global dan menyokong misinya untuk mencabar sekatan Israel, lapor Al Jazeera.
Menurut Al Jazeera, Francesca dalam catatan di X, menggesa negara-negara untuk “melindungi kapal awam yang cuba memecahkan pengepungan genosid Israel ke atas Gaza”, untuk “menamatkan persubahatan dengan apartheid”, dan untuk “mewujudkan keadilan”.
Catatan itu muncul selepas aktivis di atas flotila melaporkan melihat sebuah vesel tentera dekat konvoi mereka, dan selepas media Israel melaporkan persediaan untuk memintas armada terbabit.



























