Seorang maut dan sembilan lagi masih hilang setakat jam 7 malam Ahad selepas sebuah trak terjunam ke dalam sungai di Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, selatan China, kata pihak berkuasa tempatan, menurut Xinhua.
Kemalangan itu berlaku pada malam Sabtu, apabila sebuah trak pikap yang membawa 15 orang terjatuh ke dalam air semasa melintasi jambatan dinaiki air di Perbandaran Luoyang di Daerah Autonomi Huanjiang Maonan, dan lima orang telah diselamatkan, menurut kerajaan daerah.




























