Araghchi berkata: “Kuwait telah menyerang bot Iran secara haram dan menahan empat warganegara kami di Teluk Parsi”, lapor Al Jazeera.
Dia dilapor berkata, “tindakan haram ini berlaku dekat sebuah pulau digunakan oleh AS untuk menyerang Iran” dan telah dijalankan “dalam percubaan jelas untuk menyemai perpecahan”.
Komen Araghchi dibuat selepas Kuwait pada Selasa berkata ia telah menahan empat lelaki yang dituduh sebagai ahli IRGC Iran, cuba menyusup masuk ke Pulau Bubiyan melalui laut dan mencederakan seorang askar Kuwait.
Kementerian Dalam Negeri berkata dalam satu kenyataan di X pada Selasa bahawa operasi itu berlaku pada 1 Mei dan pegawai tentera laut yang ditangkap “di atas bot nelayan yang disewa khas untuk menjalankan tindakan bermusuhan terhadap Kuwait” mengakui mereka telah ditugaskan oleh IRGC untuk “menyusup masuk”, menurut Al Jazeera.




























